0 comments

Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas semua pelajar semester empat adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) apabila tamat pengajian di Politeknik Balik Pulau kelak.

Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di sektor kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan menjalinkan perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang hadir ke latihan industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat membina keyakinan diri ketika berada di dalam sebuah syarikat, kerajaan dan sebagainya.



 Pendahuluan

          Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksananakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka  dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.

  • ·  Objektif Latihan Industri

          Program Latihan Industri dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:

1. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing.
2. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional dari pelbagai bidang.
3. Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi professional.
4. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
5. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kawasan pengajian.
6. Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada aplikasi kejuruteraan, teknologi, pengurusan terkini dan masa depan.
7. Memantapkan ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan peralatan moden  dalam bidang yang diceburi.
8. Membina semangat dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat membina sifat amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.

  • ·        Objektif Laporan Latihan Industri

          Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

Latihan Industri ialah adalah bertujuan untuk :

 i.     Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
ii.     Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagikan masa dengan sebaiknya.
iii.  Melahirkan pelajar yang bijak mengurus, merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
iv.   Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.
v.     Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran  kerja.
vi.    Melatih pelajar menghasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
vii.   Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari.
viii.  Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketika menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.

  • ·        Kepentingan Latihan Industri

                     Tanpa latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Justeru, sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilaluinya sebelum ini.

                  Dengan adanya latihan industri, pelajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran  lebih terbuka dan berpandangan jauh di dalam bidang yang diceburi serta memberikan peluang untuk menguji dan secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi mutu kemahiran mereka. Pelajar akan dapat melihat dan memperoleh pengalaman di dalam bidang yang telah dipilih. Latihan industri juga akan mengukuhkan lagi minat pelatih terhadap dunia pekerjaan yang diceburinya kerana  mereka telah memperolehi pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan tersebut berjalan, antaranya  adalah kebolehan berkomunikasi dengan dunia luar dan ini merupakan satu kelebihan yang amat berguna  kepada pelajar itu sendiri pada masa hadapan.


                Program yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini.  Lantaran itu, pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.