1 comments

Dapatan dan Cadangan

Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, saya merasakan betapa pentingnya latihan praktikal yang perlu diberikan kepada setiap pelajar.  Saya sebagai seorang pelajar, tidak cukup hanya bekalan ilmu teori sahaja. Malah, kemahiran juga perlu diterapkan di dalam diri pelajar.  Ini kerana, sektor awam mahupun swasta amat memerlukan seorang pelajar yang serba boleh, inovasi dan kreatif serta tidak hanya tahu melakukan satu kerja sahaja.

Selama saya berada di Jabatan Teknologi Maklumat di Majlis Perbandaran Manjung, saya telah didedahkan dengan pelbagai tugas.  Kebanyakan tugas-tugas yang diserahkan kadangkala agak mencabar dan kebanyakannya perkara baru yang belum pernah belajar.  Oleh itu, ia mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan.


Kesimpulannya, pendedahan yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri sangatlah berguna dan perlu dimanfaatkan di masa akan datang.  Walaupun banyak perkara baru yang saya pelajari, ia mengambil masa yang agak lama untuk memahami perkara baru. Akan tetapi ia juga  salah satu kaedah pembelajaran dan kemahiran.  Latihan industri ini haruslah dipraktikkan di semua pusat pengajian tinggi kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran khusus dan juga pemahaman yang tepat dalam skop pekerjaan.