0 comments

  • Penghargaan.
             Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Azlina Binti Mat Daud merangkap Pegawai Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Penolong Pegawai dan staf-staf JTM Majlis Perbandaran Manjung yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan industri.

             Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah Politeknik Balik Pulau serta Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Balik Pulau yang telah membantu saya dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan Latihan Industri ini di atas pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani latihan industri dengan sempurna.

             Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang telah memberikan dorongan dan sokongan dari segi mental dan fizikal serta rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan laporan latihan industri.

Sekian, terima kasih.

  • Dedikasi

            Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan laporan industri ini.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.  Khususnya kepada ayahanda, En. Anuar Bin Hj. Ambak dan bonda, Pn. Zanariah Binti Jauhari serta rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

             Tidak lupa juga kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan Latihan Industri ini, tidak lupa juga di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani Latihan Industri dalam keadaan yang sempurna.

             Akhir sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Azlina Binti Mat Daud selaku Pegawai Teknologi Maklumat di Majlis Perbandaran Manjung kerana memberi saya peluang menjalani Latihan Industri di Majlis Perbandaran Manjung. Beliau banyak memberi teguran dan tunjuk ajar yang membina untuk dijadikan sebagai panduan apabila menempuh alam pekerjaan kelak. Tidak lupa juga kepada staf-staf Jabatan Teknologi Maklumat yang banyak membantu dan mengajar saya sedikit sebanyak dapat pertambahkan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Sesungguhnya jasa anda semua terlalu banyak dan bernilai buat diri saya. Semoga kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.