0 comments

                        Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan sijil Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik Pulau. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan serta skop pekerjaan dalam sesuatu bidang. Dengan ada pengalaman ini, dapat meningkatkan potensi diri untuk ditonjolkan dalam pasaran kerja dengan bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

                        Selain itu, saya turut berpeluang mempraktikkan sebahagian perkara yang dipelajari, secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di kawasan kerja sebenar kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan dalam melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanan iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukan menjadi keutamaan.

                       Sepanjang menjalani latihan industri, banyak cabaran yang saya tempuhi apabila diberi tugasan atau sedang melaksanakan tugasan dari segi emosi, fizikal dan mental. Namun, kepentingannya menjadikan individu bersikap lebih positif dan matang dalam menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran supaya ia dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

                       Kesimpulannya, perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun bak kata seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, tenaga mahir amat diperlukan dalam sektor ini. Generasi muda yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa akan datang.

                       Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tak terhingga kerana dapat menamatkan latihan industri di Majlis Perbandaran Manjung dengan jayanya dan sekaligus menjaga nama baik pihak politeknik. Apa yang diharapkan, pihak Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini agar dapat membantu Negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.