0 comments


  • LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Penubuhan
Ditubuhkan pada 1 Januari 1980 dikenali sebagai Majlis Daerah Manjung. Majlis Daerah Manjung  telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran pada 1 Ogos  2001. Dengan pengistiharan secara rasmi pada 11 November 2001 oleh Ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Majlis Perbandaran Manjung telah diktiraf sebagai penggerak utama terutama dalam memberikan perkhidmatan  dan pembangunan di Daerah Manjung ini. Majlis Daerah Manjung (MDM) dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-

-Sitiawan   

-Seri Manjung 
-Pantai Remis  
-Beruas 
-Lumut 
-Ayer Tawar 
-Pangkor 
-Kampong Koh



- Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah      Manjung (1,171 km persegi).
- Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
- Kawasan Kawalan (121.34 km persegi)