0 comments

Misi
Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus, efisien ke arah perbandaran yang kondusif, selamat dan harmoni berteraskan pembangunan mampan.

Visi
Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif, makmur dan terunggul.

Matlamat Utama
Mewujudkan kawasan perbandaran yang selesa, selamat dan harmoni melalui pembinaan keupayaan (Capacity Builiding) yang berterusan dalam pelbagai bidang.

Fungsi
Berikut adalah fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Manjung :

  • Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar  dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan di samping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayar cukai dan lain-lain) yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
  • Merancang dan melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat ke arah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
  • Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan ke atas aktiviti perniagaan dan perindustrian serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
  • Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekita dan mewujudkan masyarakat Bandar yang seimbang dan harmoni.